ALHAMDULILLAH, TUN M SUDAH SEMAKIN SIHAT

Tun Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) nampaknya sudah semakin pulih, tetapi masih berehat untuk beberapa hari lagi.

Anak sulungnya, Marina Mahathir berkata, bapanya semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas menerima rawatan untuk jangkitan di dada yang berpunca daripada batuk yang dihidapinya.

Hari ini juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sempat menziarahi Tun Mahathir dan daripada gambar yang dipaparkan di laman FB miliknya, jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah semakin sihat dan wajahnya kelihatan begitu ceria dan berseri-seri.

Rakyat Malaysia yang mendambakan perubahan tentunya turut gembira melihat perkembangan positif berkaitan kesihatan Tun Mahathir ini kerana kelibatnya tidak dinafikan amat penting dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan untuk memulihkan negara yang sedang “sakit” ketika ini.

Alhamdulillah, moga Tun Mahathir terus diberikan kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan agenda perjuangan yang belum selesai ini.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.