ALFRED JABU LEPAS JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PBB

KUCHING – Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Alfred Jabu Numpang melepaskan jawatan yang dipegangnya itu selama lebih 40 tahun.

Jabu akan memberi laluan kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas, yang sebelum ini memangku jawatan itu untuk bersama-sama seorang lagi timbalan presiden, Datuk Awang Tengah Ali Hassan.

Uggah dan Awang Tengah adalah naib presiden PBB, ahli yang paling kanan dalam PBB dan sayap masing-masing.
Uggah dan Awang Tengah menggantikan Datuk Abang Johari Tun Openg, yang secara automatik mengambil alih peranan sebagai Presiden PBB apabila menjadi ketua menteri.

PBB, yang memegang 45 daripada 82 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, adalah parti tonggak Barisan Nasional.

“Jabu telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan timbalan presiden untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru.

“Dia akan kekal sebagai anggota biasa PBB dan parti akan terus mendapatkan nasihat beliau apabila perlu,” kata Abang Johari pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB ┬ádi sini Sabtu.

– Mstar

.