AL-FATIHAH DAN ALHAMDULILLAH

Dua berita diterima pagi ini. Satu berita sedih, satu lagi berita gembira. Satu perlu diucapkan Al-Fatihah dan satu lagi harus disyukuri Alhamdulillah.
Takziah dan Al-Fatihah kerana kembalinya ke rahmatullah Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din yang juga seorang tokoh ulama terkenal pada jam 10.10 pagi tadi di Hospital Stanford University, California, Amerika Syarikat.
Alhamdulillah pula kerana akhirnya Tun Mahathir Mohamad diterima mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan petisyen Deklarasi Rakyat yang sebelum ini telah berjaya mengumpul 1.4 juta tandatangan.
Menurut catatan di blog A Kadir Jasin, pertemuan di Istana Anak Bukit, Alor Setar itu berlangsung selama kira-kira sejam pada petang semalam.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/
.