AL-FATIHAH BUAT SAHABAT BLOGGER DIN TURTLE YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Seorang blogger terkenal dan aktif menulis mengenai politik semasa, khususnya tentang 1MDB, Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad).

Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan lenguh badan, lalu meminta isterinya yang baru balik kerja menyapukan minyak panas ke badannya. Tidak lama kemudian, beliau tiba-tiba menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri kesayangannya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi Isnin di tanah perkuburan    Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Saya beberapa kali sempat bertemu dan berbual-bual dengannya sebelum ini, malah kerap terjumpa dalam beberapa program melibatkan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

 

Beliau seorang yang baik hati, ramah, tidak sombong, suka bergurau dan amat menyenangkan sebagai seorang kawan.

Sesungguhnya pemergian Din Turtle ini membuatkan kita rasa kehilangan dan merindui tulisan serta kritikannya.

Al-fatihah buat Allahyarham Din Turtle dan takziah kepada keluarganya, mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.