AKIBAT PEMIMPIN KERAJAAN MENCURI DUIT ATAU AKIBAT MASYARAKAT DUNGU YANG TIDAK FAHAM APA PUN?

Di sebuah hospital yang tidak jauh dari sini doktor bedah otak (nero-surgeon) mengalami masalah kerana alat bedah (surgical instruments) rosak atau belum di servis (maintenance). Disebabkan tidak cukup peruntukan (bajet sudah habis) untuk membayar servis dan maintenance.

Alat electric saw yang digunakan untuk memotong tengkorak atau skull cap sudah tidak berfungsi dengan baik sebab belum lagi di servis. Akibatnya kerja neuro-surgery (bedah otak) untuk memotong skull (bahagian tengkorak) pesakit yang dulunya boleh dibuat dalam masa 15 minit sekarang mengambil masa sehingga 60 minit. Doktor bedah terpaksa menggunakan kaedah ‘lama’ ia itu gunakan alat lain termasuk surgical saw (gergaji bedah) dengan menggunakan tangan. Itu hanya tahap permulaan pembedahan. Pembedahan otak boleh mengambil masa empat atau enam jam lamanya.

Sekarang pesakit di wad neuro-surgery terpaksa tanggung risiko yang membahayakan pemulihan otak dan juga membahayakan nyawa. Sebab masa yang lebih lama yang diperlukan doktor untuk menjalankan pembedahan bermaksud pendarahan yang lebih banyak sewaktu pembedahan (extended bleeding during surgery). Pesakit akan memerlukan blood transfusion yang lebih dan anaesthetic yang lebih lama. Semua ini sangat membahayakan kesihatan pesakit terutama sekali pesakit yang sudah tua.

Peralatan dan mesin di fakulti kejuruteraan juga rosak dan tidak cukup bajet dan peruntukan untuk servis dan maintenance peralatan fakulti. Samada pelajar tidak dapat jalankan pengajian, tidak boleh siapkan assignment dan sebagainya atau mereka terpaksa membaiki peralatan dengan kemampuan yang ada sahaja. Maka jadilah graduan engineer yang kurang faham. Sebab peralatan di universiti rosak sebab bajet sudah habis. Lepas itu mereka kurang fasih cakap Inggeris, lebih fasih jadi ekstremis agama – jadi rasa-rasa boleh ke graduan macam ini dapat tawaran kerja dengan gaji yang lumayan?

JPA tidak ada kekosongan macam dulu. Petronas pun sudah nak ‘bungkus’. Engineer Petronas pun ramai sudah diberhentikan kerja.

Dulu kita tidak mengalami masalah seperti ini. Dulu di hospital dan fakulti universiti bukan saja peruntukan dan bajet cukup tetapi pada penghujung tahun bajet belum habis dibelanja. Selalu ada duit lebih dalam bajet.

Negara kita negara yang kaya.
Jangan risau kekawan.
Negara kita masih kaya.
Percayalah.

Cuma kekawan, especially orang Melayu, yang miskin dulu. Duit sudah songlap.

Sebab pemimpin serta isteri, pembesar dan pembodek, KSU dan TKSU, JUZA dan pegawai, pangkat paku dan pedang, semuanya rasuah, curi duit atau keduanya sekali.

Kenapa ini boleh berlaku? Sebab orang Melayu tak faham apa pun. Nak tulis angka satu billion pun mungkin ramai tak tahu. Begitu mudah ditipu oleh sesiapa pun.

Kalau kita ingatkan dia, depa marah.
Kalau kita tegur dia, depa nak lawan.

Nak biarkan saja – belum sampai hati lagi.
Nak kata sudah fed up – kita semua duduk sekali, semua dalam satu bakul.
Nak berdoa – tak ada efektif, setakat ini.

Saya tulis blog sajalah. Nak buat apa lagi?

–¬†http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/

.