AHLI BERSATU ‘RAKUS’ JADI CALON PRU14 – IDRIS HARON

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"91932876-9514-4299-80B7-1053B61C6CB9_1476936849816","width":2141,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":1398,"subsource":"done_button","total_editor_time":288,"brushes_used":0}

MELAKA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai parti ‘orang gila talak’ kerana ahlinya terlalu rakus untuk menjadi calon pada PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata, mereka berbuat demikian walaupun parti berkenaan tidak diterima banyak pihak termasuk beberapa badan bukan kerajaan.

Beliau berkata pemimpin parti itu bersifat hipokrit dan tidak mencerminkan apa yang pernah dijanjikan sebelum penubuhannya.

“Nampaknya parti baharu ini lebih tertumpu untuk menjadi calon pada PRU14 dan lupa bahawa banyak lagi parti pembangkang yang telah bertapak lebih lama dari mereka seperti Pas, PKR, DAP dan sebagainya,” katanya.

Ketua Menteri Melaka itu bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata kebanyakan ahli Bersatu bersikap talam dua muka dengan memberi sokongan di hadapan kepimpinan Umno namun bila di belakang mereka menghina Umno.

– Bernama

.