AH LONG ‘LAKU’ DI HUJUNG TAHUN

RAMAI orang dijangka terpaksa mendapatkan pinjaman wang daripada ah long menjelang hujung tahun memandangkan banyak perbelanjaan diperlukan dalam tempoh ini.

Kebiasaannya, perniagaan ah long akan meningkat secara mendadak sehingga 35 peratus antara Disember hingga Februari memandangkan banyak wang perlu digunakan untuk persiapan persekolahan baharu anak dan Tahun Baharu Cina.

Bagi Peter Tan, seorang aktivis masyarakat yang cukup arif dengan kegiatan ah long ketika ditemu bual oleh Oriental Daily berkata, setiap tahun ketika tiba musim perayaan, ah along akan menjadi buruan ramai, terutama sekali bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Untuk persiapan persekolahan baharu anak seperti pakaian sekolah baharu, peralatan sekolah dan sebagainya, ia perlukan banyak perbelanjaan. Begitu juga dengan Tahun Baharu Cina. Kedua-duanya diadakan dalam tempoh sebulan.

“Oleh itu, adalah sukar bagi golongan berpendapatan rendah memperoleh wang yang banyak dalam tempoh ini.

Maka ah long lah yang menjadi pilihan terakhir mereka.

“Sebenarnya, selepas Tahun Baharu Cina perniagaan ah along dipercayai akan semakin laku. Bila raya sudah habis, wang pun habis. Bila tidak ada wang, terpaksalah cari ah along,” katanya.

Tan meramalkan, pada tahun ini, akibat ekonomi meleset, akan ada lebih ramai orang yang terpaksa meminjam wang daripada ah long dan adalah dijangkakan perniagaan mereka akan meningkat sehingga 35 peratus

selepas Tahun Baharu Cina.

Kata Tan, selain golongan berpendapatan rendah, dua golongan yang kerap menjadi pelanggan ah long ialah peniaga kecil dan golongan pekerja yang membuat pinjaman

kurang daripada RM10,000 ( bagi pinjaman kecil) hingga RM50,000 ke atas ( bagi pinjaman banyak).

Beliau menasihatkan orang ramai agar memikirkan secara semasak-masaknya sebelum membuat pinjaman dengan ah long kerana sekiranya gagal menyelesaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan, ia bakal membawa padah, bukan kepada dirinya tetapi juga ahli keluarga.

Tiada buku belajar memandu Kekurangan Buku Kurikulum Pendidikan Memandu Kelas Manual Edisi Bahasa Malaysia ketika ini dipercayai akan membawa masalah kepada ribuan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan memandu.

Kejadian kekurangan buku kurikulum sehingga menyulitkan pelajar untuk mendapatkan lesen memandu itu kembali berulang selepas berlaku pada tahun 2014.

Presiden Persatuan Belajar Memandu Kuala Lumpur dan Selangor, He San Cai

berkata, buku kurikulum ini didapati semakin kekurangan pada pertengahan tahun ini dan keadaan ini akan menjadi semakin ketara sepanjang Disember hingga March kerana ramai pelajar akan menduduki peperiksaan dalam tempoh ini.

“Pihak berkuasa telah mensyaratkan semua pelajar perlu membeli buku kurikulum ini yang berharga RM15 yang antara kandungan pelajarannya termasuk undang- undang jalan raya, pengetahuan mengenai memandu dan peralatan ganti kereta,” katanya kepada China Press.

Apabila adanya buku kurikulum berkenaan, calon-calon yang terlibat dibenarkan menyertai kelas yang dianjurkan sekolah memandu sebelum sekolah memandu menghantar maklumat peribadi calon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk persiapan peperiksaan.

San Cai berkata, kira-kira 80 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan memilih mendapatkan edisi Kelas Manual dan dalam Bahasa Malaysia. Edisi Bahasa Inggeris juga dicetak namun jarang dibeli pelajar.

“Saya harap JPJ mencetak dengan segera buku kurikulum ini agar tidak mendatangkan kesulitan kepada pelajar yang ingin menduduki peperiksaan,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, JPJ dikatakan telah menambahkan jumlah cetakan buku kurikulum tersebut bagi menampung permintaan pelajar dalam tempoh terdekat.

Punca berlaku dikatakan akibat masalah teknikal dan bukan masalah kewangan seperti yang didakwa ramai pihak.

– Sinar Harian

.