AGAR KEMENANGAN BN DALAM PRU 14 TIDAK DIPERTIKAI, PENDAFTARAN PH PERLU SEGERA DILULUSKAN

PAKATAN Harapan berdepan satu lagi kemungkinan hari ini, apabila Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), sekali gus menimbulkan keraguan mengenai keupayaannya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Rafizi kini dalam proses memohon rayuan terhadap sabitan sebelum ini yang mana beliau didapati melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membocorkan laporan audit 1Malaysia Develpment Berhad (1MDB).

Peguam kepada naib presiden PKR itu,  Ahmad Nizam Hamid hari ini berkata, Rafizi mungkin tidak selamat untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang berikutan dua pendakwaan, walaupun penghakiman OSA masih dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Walaupun bagi kes OSA kita dapat elak daripada hukuman, tetapi (pendakwaan) masih ada, jadi tidak selamat untuk beliau menjadi calon,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana melanggar Bafia berhubung kebocoran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Sementara itu, Adun PKR yang juga peguam N. Surendran berkata pendakwaan Rafizi merupakan titik hitam kepada negara kerana beliau sepatutnya tidak dihukum.

Surendran berkata Rafizi dan Johari mendedahkan butiran berhubung penyalahgunaan dana awam.

“Tidakan pendakwaan dan hukuman penjara 30 bulan ke atas mereka meruoakan satu kejutan dan menjejaskan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

“Mereka jelas pemberi maklumat dan mereka tetap didakwa.

“Kita semua terkejut dan kecewa dengan keputusan ini. Tetapi semua orang akan terus berjuang bagi memastikan keadilan ditegakkan,” kata Surendran kepada The Malaysian Insight.

Hakim Zamri Bakar berkata pendakwaan membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan pendakwaraya Lailawati Ali dan Steven Chin manakala Ahmad Nizam Hamid mewakili Rafizi dan Latheefa Koya mewakili Johari.

Nizam memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan dibenarkan oleh mahkamah. Jaminan ditetapkan RM15,000.

Surendran berkata bahawa hukuman bagi Rafizi dan Johari adalah “berlebihan”, kerana pendedahan mereka telah mengakibatkan pengecualian untuk menyalahgunakan dana.

“Dalam keadaan seperti itu ia agak tegas dan saya fikir peguamnya membuat rayuan dan diharapkan ada keadilan.”

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.