ADUN SKUDAI FAIL USUL TERGEMPAR TERHADAP BANDAR MALAYSIA

ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau memfailkan usul tergempar di Dewan Undangan Johor bagi membahaskan isu mengenai kegagalan perjanjian Bandar Malaysia.

Boo berkata perjanjian melibatkan KPRJ Sdn Bhd, yang dimiliki oleh kerajaan Johor akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia.

KPRJ memiliki 24 peratus ekuiti dalam konsortium Iskandar Waterfront Holdings dan China Real Engineering Corporation (IWH-CREC).

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya menangani kebimbangan kesan pembatalan perjanjian KPRJ dan Iskandar Malaysia bagi menjelaskan keraguan dan spekulasi.

Antara lain, Boo menggesa kerajaan negeri dan menteri besar menjelaskan sama ada RM741 juta telah dikembalikan kepada konsortium IWH-CREC dan sama ada sebahagian RM178 juta adalah untuk kepentingan KPRJ.

Boo juga menggesa kerajaan negeri menjelaskan punca perjanjian dibatalkan sekiranya disebabkan oleh ketidakupayaan IWH-CREC untuk bersaing dengan obligasi pembayaran, kerana ini boleh menghakis keyakinan pelabur terhadap IWH, KPRJ dan seterusnya Iskandar Malaysia.

Selain itu, kepentingan Johor di Bandar Malaysia menerusi projek kereta api berkelajuan tinggi akan datang, yang sepatutnya mengurangkan masa perjalanan dari negeri ini ke ibu negara.

Perjanjian Putrajaya dengan IWH-CREC dibatalkan pada 3 Mei apabila konsortium itu sepatutnya membeli kepentingan 60 peratus ekuiti dalam Bandar Malaysia.

Konsortium itu menafikan dakwaan bahawa mereka tidak dapat memenuhi obligasi pembayaran.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula menghampiri pelabur dari China, dengan kumpulan Dalian Wanda menjadi sasaran utama.

Perjanjian yang dibatalkan itu adalah satu tamparan besar kepada IWH, yang merupakan usaha sama antara Credence Resources Sdn Bhd dan KPRJ.

Dewan Undangan Negeri Johor akan berakhir esok dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menggulung perbahasan.

– M’kini

.