ADUN PUJUT DIGUGUR DARI JAWATAN

KUCHING – Status Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut digugurkan hari ini kerana memegang kewarganegaraan Australia.

Menurut laporan Borneo Post, usul pelucutan tersebut dibentang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, hari ini.

Sebelum pengundian dibuat, Wong mendakwa beliau mempunyai bukti konkrit yang menunjukkan Dr Ting menerima kewarganegaraan Australia pada 20 Januari, 2010.
Pengundian kemudian dijalankan.
Speker Dun, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengumumkan 70 anggota Adun menyokong usul Dr Wong, manakala 10 yang lain menentang.

“Status keahlian Adun Pujut kini digugurkan berdasarkan Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, Kata Asfia.

Pilihan Raya Kecil (PRK dijangka dijalankan di kawasan berkenaan dalam tempoh 60 hari.