ADUHHHH… NAMA SAMA PULAK!

Ketika berhujah di Parlimen membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak semalam, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya berkata, mangsa rogol berpeluang mendapat kehidupan lebih baik jika berkahwin dengan petogolnya.

“Mungkin dengan sebab perkahwinan itu mereka dapat melalui satu kehidupan yang lain, yang lebih sihat, yang lebih baik dan seorang isteri yang dirogol tadi, kalau dia dapat berkahwin, dia takkan melalui satu jalan kehidupan masa depan yang gelap.

“Sekurang-kurangnya dia ada suami, ada orang yang boleh menjaganya. Ini adalah satu remedi kepada masalah sosial yang berlaku,” katanya.

Tambah beliau, perogol juga mungkin bertukar menjadi suami yang baik dan tidak seharusnya dianggap sebagai lelaki haprak sepanjang masa.

Dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang dan memberi reaksi berlebihan terhadap hujah beliau ini memandangkan kami mempunyai nama yang sama, cuma ejaan saja sedikit berbeza.

Cuma,  dua soalan saja ingin dikemukakan.

– Betul atau tak betul otak pemimpin UMNO ini?

– Jika anaknya sendiri kena rogol, adakah beliau bersedia menerima perogol itu sebagai menantunya?

Jadi,  untuk yang seterusnya saya serahkan kepada pembaca dan pengunjung blog ini untuk memberi komen dan reaksi mereka.

Komenlah dengan baik, jangan mencarut atau maki-maki, walaupun kita mungkin terlalu geram dengan hujahnya itu.

Juga jangan lupa, ejaan nama Ahli Parlimen berkenaan ialah Shabudin, saya pula Shahbudin.

Kalau salah eja, nanti macam maki hamun saya pula.

(ShahbudinHusin 05/04/2017)