ADIK TPM MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 22 DECEMBER 2016. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menanti jenazah adiknya Allahyarham Ahmad Dzulfikri Hamidi untuk dimandikan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. NSTP/GHAZALI KORI

KUALA LUMPUR – Adik Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Dzulfikri Hamidi, meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, di sini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengesahkan perkara itu menerusi akaun Facebooknya berkata, jenazah adiknya akan dikebumikan di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak selepas solat Jumaat, hari ini. Arwah yang berusia 45 tahun sebelum ini mengalami komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

– http://www.bharian.com.my/

.