ADIK-BERADIK KECAM PM S’PURA SECARA TERBUKA

Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling – adik-beradik kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong – mengeluarkan kenyataan terbuka enam muka surat hari ini, mengecamnya, dengan berkata mereka telah hilang keyakinan terhadap abang sulung mereka itu.

Dalam reaksi segeranya, Hsien Loong menulis di Facebook menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh adik-beradiknya, termasuk bahawa dia dan isterinya ada rancangan untuk melepaskan legasi politik mereka kepada anak lelaki mereka.

“Saya amat kecewa kerana adik-beradik saya telah memilih untuk mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan perkara peribadi keluarga. Saya amat sedih dengan dakwaan malang yang mereka telah dibuat.

“Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini, terutamanya dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya,” kata Hsien Loong dalam reaksi segeranya kepada kenyataan itu.

Dia berpendapat bahawa perbezaan antara beliau dan adik-beradiknya sepatutnya disimpan di kalangan keluarga sahaja.

“Sejak pemergian ayah saya pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu di kalangan kami di dalam lingkungan keluarga, sebagai menghormati ibu bapa kita,” katanya.

Awal hari ini, Hsien Yang dan Wei Ling berkata dalam Facebook bahawa mereka terganggu dengan karektor, kelakuan, motif dan kepimpinan Hsien Loong dan peranan isterinya, Ho Ching.

Mereka berkata mereka telah melihat wajah yang berbeza Hsien Loong selepas pemergian ayah mereka dan bekas perdana menteri Lee Kuan Yew pada Mac 2015, dan bahawa perubahan di Singapura tidak mencerminkan apa yang menjadi pendirian ayah mereka.

Menurut mereka, tiada siapa yang pernah meragui bahawa Lee Kuan Yew sentiasa mementingkan yang terbaik untuk Singapura dan rakyat Singapura sentiasa di hatinya.

– M’kini

.