ADAKAH PERLANTIKAN SHAHRIR BUKTI GAGALNYA ISA MENJAGA PENEROKA?

Mungkin hanya kebetulan, Felda kini diterajui oleh dua anak “Pak Samad” secara serentak. Dalam rombakan yang diumumkan semalam, Isa Samad dikekalkan sebagai Pengerusi Felda Global Venture Bhd atau FGV dan Shahrir Samad pula dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Dalam pengumuman yang dibuat Najib Razak, dilaporkan bahawa dengan perlantikan Shahrir itu bermakna terdapat pembahagian tanggungjawab antara menjaga kebajikan dan sosio ekonomi peneroka (kini akan dikemudi oleh Shahrir) dengan menguruskan perniagaan yang akan dijaga sepenuhnya oleh Isa.

Difahamkan juga, Isa dan Shahrir akan duduk di pejabat yang bersebelahan di Menara Felda, tetapi kedua-duanya akan berada di bawah pengawasan Najib.

Ramai yang keliru dengan perlantikan itu kerana sesuaikah Shahrir untuk menguruskan hal ehwal peneroka Felda berdasarkan karektornya yang agak “urban”, manakala Isa yang lebih “kampung” pula menguruskan entiti perniagaan FGV yang bertaburan di seluruh dunia?

Mereka lebih bersetuju, jika pun pengasingan mahu dilakukan, Shahrir yang seharusnya menjaga FGV dan Isa menguruskan Felda. Cara bercakap dan bahasa Isa dikatakan lebih sesuai difahami oleh peneroka.

Tetapi, apakah dengan memberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal peneroka kepada Shahrir, ia bermakna Isa telah gagal dalam tanggungjawabnya kepada peneroka Felda sebelum ini, terutama berkaitan perumahan generasi kedua yang banyak menimbulkan rungutan?

Apakah pengasingan ini ada kaitan dengan kedudukan kritikal
kawasan Felda yang menguasai atau menjadi penentu kemenangan di 54 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang PRU 14 akan datang?

Apakah juga perlantikan Shahrir ada kaitan dengan usaha untuk meyakinkan peneroka dan rakyat seluruhnya berkaitan pembelian saham ladang Eagle High di Indonesia yang menjadi pertikaian ramai sekarang ini?

Untuk sementara, mari kita teliti ulasan Rafizi Ramli mengenainya.

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.