ADAKAH NAJIB TAKUT DENGAN MAHASISWA?

KUALA LUMPUR – “Adakah Najib takut dengan mahasiswa?” berikutan merupakan laungan dari seorang aktivis mahasiswa, Nur Liyana Abdul Latif di Perhimpunan Bersih 5.0 di Jalan Tun HS Lee, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan penangkapan aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah Mohd Yusof dan juga Luqman Hakim sebelum perhimpunan aman ini diadakan.

“Bayangkan seramai lima belas orang anggota polis yang datang untuk menangkap Anis Syafiqah, seorang.

“Apakah prosedur yang digunakan untuk menangkap mereka dan atas kesalahan apa?” katanya ketika berucap.

SINAR HARIAN

.