ADAKAH KITA MEMERLUKAN SEKOLAH TAHFIZ?

Mesyuarat Task Force kerajaan Pusat bagi mengkaji masalah sekolah-sekolah Tahfiz di seluruh negara minggu ini harus memikirkan adakah kita memerlukan sekolah tahfiz yang begitu banyak di negara ini atau perlu dibataskan pertumbuhannya.

Keliaran perkembangan  akan semakin sukar untuk di kawal bukan sahaja dari segi keselamatan hakiki tetapi juga kepada  keselamatan masa depan negara dari segi ekonomi Melayu dan Islam dan akan menggugat matlamat untuk melahirkan orang  Islam yang dinamik dan progresif sebaliknya akan membangunkan masyarakat yang inward looking ,mudah terpengaruh dengan fatwa kafir mengkafir dan lain-lain ketaksuban agama

Saya tahu bahawa mereka yang  akan membantah keras sebarang langkah kerajaan pusat untuk mengambil alih pentadbiran sekolah ini ialah sebuah parti pembangkang yang menganggapnya  sebagai pusat perkadiran mereka.

Demi kerana bangsa, agama dan negara jangan dipedulikan bantahan ini tetapi syor Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid  supaya pentadbiran sekolah ini diletakkan dibawah kerajaan pusat mestilah diberikan perhatian yang serius dan berat. Selesaikan masalah ini sekali dan buat selamanya.

Syabas Timbalan Perdana Menteri  telah menunjukkan ketenangan dan kewibawaan kepimpinan  dalam berhadapan dan mengendalikan kes ini. Teruskan dengan tegas dan berani.