ADAKAH ISU 1MDB DIBANGKIT PADA PAU71?

SHAH ALAM – DAP melontarkan persoalan sama ada isu membelenggu syarikat pembangunan strategik, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Umno 2017,  kali ini.

Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang berkata, sudah tiga kali perhimpunan sebelum ini ahli serta kepimpinan parti itu membawa isu tersebut, yang menjadi perhatian dunia.

“Kelmarin, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Jeff Sessions bercakap dalam Forum Pengambilan Semula Aset Global di Washington menggambarkan bahawa kes 1MDB adalah kes ‘kleptokrasi yang terburuk’  merujuk kepada usaha kerajaan negara itu untuk memerangi kes rasuah seantero dunia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Melalui PAU yang bermula semalam, Kit Siang akan memerhatikan sama ada isu 1MDB akan dibincangkan semula atau sebaliknya, dengan menyifatkan isu itu  penting demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

– Sinar Harian
.