ABDUL HADI PATUT BANTAH KEPUTUSAN SPEAKER: MAHFUZ

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menangguhkan sesi Dewan Rakyat, di Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Abdul Hadi sepatutnya tahu yang tindakan Pandikar akan melambatkan proses kelulusan usul RUU 355.

“Saya kecewa kerana pembentang (Abdul Hadi) dan penyokong usul (Ahli Parlimen Kota Bharu) Datuk Takiyuddin Hassan tidak bantah keputusan Speaker.

“Saya hairan kenapa Pas boleh bersetuju dengan ketetapan ini. Sebagai pembawa usul, saya sebenarnya sudah sedia untuk menyokong usul yang dibentang Abdul Hadi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Tindakan Pas yang seolah ‘membisu’ dan akur dengan keputusan Pandikar juga menyebabkan beliau bimbang yang masyarakat mungkin akan menganggap Pas tidak ada kesungguhan untuk membawa usul ini.

“Mereka sepatutnya menuntut supaya usul itu dibahas dan diundi pada semalam.

“Bila sudah jadi begini, saya nampak Parlimen seolah-olah pentas bagi bangsawan untuk memperlihatkan aksi dan drama politik yang dicaturkan oleh BN,” katanya lagi.

Pandikar semalam menangguhkan sidang Parlimen pada sesi ini sebelum usul pindaan RUU355 dibawa Abdul Hadi dibahaskan dengan memetik satu kata hikmat.

“Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat ini yang terpahat di fikiran saya sampai sekarang. If you are in power, you are powerful, If you dont use your power, you are bloody fool’.

– SH