ABANG JOHARI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BAHARU

KUCHING – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Media melaporkan, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di sini, jam 4 petang ini.

Pelantikan Abang Johari sebagai Ketua Menteri keenam bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia kelmarin akibat serangan sakit jantung.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]

Menurut laporan media, Abang Johari akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri.

– Sinar harian

.