A.S.: KEBEBASAN AGAMA M’SIA SETARA IRAQ, AFGHANISTAN

Majoriti orang Islam di Malaysia didakwa ‘semakin menekankan kepada pandangan dan normaorma yang sempit’ ke atas golongan minoriti dengan ia memberi kesan kebebasan beragama, kata laporan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF) 2017 berkata, ada ‘ketakutan memuncak’ dalam dasar-dasar pro-Melayu Islam oleh kerajaan dan mengesani kehidupan harian minoriti.

Ia berkata demikian dalam laporan kedudukan Malaysia pada tahap 2, bersama-sama Afghanistan, Bahrain, Cuba, Mesir, Indonesia, Iraq, Khazakhstan, Laos dan Turki.

“Umat Islam bermajoriti Melayu semakin mengenakan pandangan dan norma yang sempit ke atas minoriti etnik dan agama yang bukan sahaja memberi kesan kepada keupayaan kumpulan itu mengamalkan agama secara bebas, tetapi juga mengekang kehidupan seharian.

“Minoriti agama dan etnik menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai dasar pro-Melayu Islam oleh kerajaan dan batasan berikutnya pada hak untuk mengamalkan kepercayaan secara bebas.
“Kebimbangan ini sedang melonjak dengan laporan pemimpin agama diganggu atau diculik,” jelasnya.

Ia merujuk kepada kes penculikan paderi Raymond Koh yang masih hilang selepas dibawa oleh lelaki bertopeng semasa memandu di Petaling Jaya pada bulan Februari 2017.

– M’kini

.