PDRM, SPRM – MANA SIASATAN TERHADAP HISHAMMUDDIN, AZMIN?

1. Kenyataan PATRIOT oleh Presidennya Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menggesa siasatan dilakukan segera terhadap Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein berasas dan perlu dipandang serius.

2. Isu pembelian 6 helikopter McDonnell Douglas pada tahun 2016 berharga 300juta itu memperlihatkan beberapa ciri2 yang jelas berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan urustadbir yang amat buruk dan memalukan.Ianya juga amat menjijikkan kerana ratusan juta wang rakyat terlibat.

3. Pada Mei lalu Jawatankuasa Siasatan Tadhir Iris, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam satu laporan berhubung projek ‘ land swap’ Kementerian Pertahanan menyatakan campurtangan keterlaluan demi kepentingan politik telah berlaku termasuk di era Hishamuddin menjadi Menteri Pertahanan.

4. Persoalannya sekarang mengapa tiada sebarang laporan dan tindakan lanjut berhubung kes2 tersebut?

5. Situasi yang sama berlaku didalam kes membabitkan Dato Seri Azmin Ali.Kes jenayah seks yang menampilkan dakwaan jelas seorang individu bersama bukti video terus sepi tanpa berita.

6. Mengapa PDRM dan SPRM bertindak pantas dalam kes2 lain tetapi tidak kepada kes2 yang membabitkan dua pemimpin politik ini?

7. Seharusnya wujud keperluan menyegerakan siasatan (urgency) didalam kes2 yang membabitkan kedua mereka setelah nama mereka ditampilkan didalam Parlimen berkomplot mengganggu gugat kerajaan sedia ada dengan usaha menubuhkan sebuah kerajaan baru melalui pintu belakang.

8. Usaha mengganggu gugat kerajaan melalui pintu belakang adalah jenayah politik jijik kelompok elit politik disaat negara dan rakyat menghadapi suasana ekonomi yang parah.

9. Kita mempunyai alasan untuk mempercayai Hishamudin dan Azmin mempunyai motif menyelamatkan diri mereka sendiri daripada dakwaan jenayah rasuah dan seks dengan menggugat kestabilan kerajaan.

10. PDRM dan SPRM, antara institusi penting yang menjalankan proses keadilan dan menjamin kestabilan kerajaan seharusnya bertindak pantas terhadap kedua mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

11. Apakah PDRM dan SPRM sudah menjadi alat dan perkakas kepada pemimpin politik dan bertindak atas motif politik?

12. Kebimbangan kita berasas kerana jelas kedua2 pemimpin politik ini sepertinya dilindungi daripada sebarang tindakan undang2 oleh PDRM dan SPRM sendiri.

13. Kita juga berhak merasa curiga apabila dalam keadaan bekas PM Najib diburu dan didakwa habis2an , Hishamuddin sekutu paling rapat bekas PM itu lepas bebas walaupun sudah ada beberapa laporan penyelewengan dan salahguna kuasa terhadapnya. Apakah Hishamudin mendapat layanan berbeza kerana beliau bukan sahaja rapat dengan PM dahulu tetapi juga rapat dengan PM sekarang?(Laporan kolum akhbar the Star 18 Okt 2019 menyatakan pertemuan yang kerap antara PM Mahathir dan Hishamudin.)

14. Dengan latarbelakang ini semua, apakah salah untuk kita mendakwa PDRM dan SPRM adalah alat dan perkakas politik? Dan kalau tidak, maka buktikan dengan menyiasat dan bawa ke pengadilan segera Hishamudin dan Azmin.

Mohamad Ezam Mohd Nor

– https://shahbudindotcom.net/

.