HARAP-HARAP MEREKA MUDAH FAHAM…..

Ini jawapan Anwar Ibrahim terhadap mereka yang berhajat memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 yang terus menjadi bualan di mana-mana:-

“Bukan kesalahan kalau sesiapa berhajat nak jadi Perdana Menteri, tapi dia kenalah dapat sokongan majoriti.

“Saya rasa buat masa sekarang, setakat mesyuarat minggu lalu di kalangan pemimpin parti, tak timbul nama lain (sebagai pengganti PM).

“Orang boleh bermimpi, boleh berhajat, tapi itu tak bermakna kamu mampu menggoyahkan atau mengaramkan proses itu (peralihan kuasa).

“Lebih-lebih lagi, ia telah dipersetujui dan ditandatangani, jadi kamu kenalah putar balik proses ini”.

Nampak ringkas jawapan Anwar tapi maksudnya begitu mendalam serta menusuk jantung hati sesiapa yang berkenaan.

Secara mudahnya maksud yang difahami ialah pertama, adakah pihak yang berhajat itu memiliki cukup sokongan untuk memintas Anwar?

Yang kedua, nama Anwar sudah dipersetujui bersama sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad dan untuk mengubahnya, ia tentulah bukan mudah dan perlu putar semula proses persetujuan itu.

Jika ada yang mahu memutar semula proses itu, mampukah ia dilakukan dan siapa yang sudi menyokongnya?

Harap-harap tidak sukar untuk mereka yang berhajat itu faham realiti yang ada di depan mata.

Atau jika masih tak mahu faham, biarkan saja mereka terus bermimpi!!

– https://shahbudindotcom.net/

.