MAHATHIR TIDAK TAHU TAPI GEMBIRA JIKA JHO LOW DITAHAN

PUTRAJAYA 30/05/2018. Prime Minister, Najib Razak giving a press conference after cabinet meeting at Prime Minister Office, Putrajaya. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

KUALA LUMPUR, 19 Julai  — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu tetapi menyambut baik berita bahawa ahli perniagaan Low Taek Jhow atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah ditahan.

“Saya tidak tahu, terima kasih kerana berkongsi maklumat ini dengan saya. Saya harap beliau (akan) dibawa balik ke Malaysia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semasa diminta mengulas tentang berita itu.

Sebuah akhbar tempatan telah melaporkan, memetik laporan media Hong Kong bahawa Jho Low  telah ditahan di China.

Ditanya sama ada Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China, Dr Mahathir berkata Beijing masih boleh menyerahkan Jho Low kepada pihak berkuasa Malaysia.

Minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Jho Low, yang dikehendaki bagi membantu dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipercayai telah keluar dari Macau, tempat  terakhir kedudukan beliau diketahui.

Mohamad Fuzi berkata menurut e-mel daripada pihak berkuasa Macau, Jho Low dipercayai sudah meninggalkan Macau ke destinasi yang tidak diketahui.

—  Bernama

.