ANNUAR SINDIR KJ – ‘YANG WIBAWA IALAH IKUT HARAPAN!’

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bekas ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin telah hilang kredibilitinya meskipun ahli Parlimen Rembau itu menekankan beliau tetap setia kepada Umno.

Menulis di Twitter, Annuar membidas Khairy yang kononnya mahu mendukung integriti tata cara dewan dengan tidak menyertai wakil rakyat BN dan PAS semalam yang bertindak keluar dewan.

“Pembangkang yang credible (wibawa) adalah – yang bertindak sorang sorang… yang bila ada (mesyuarat) precouncil tak payah hadir… bila ada perbincangan sesama MP tak payah sertai… bila benda salah kerajaan buat kita duduk saja…. bila kawan kawan bangun bercakap kita diam saja…

“Yang credible ialah ikut Pakatan Harapan!” kata Annuar yang juga adalah anggota Parlimen Ketereh tanpa menyebut nama bekas ketua pemuda Umno itu.

Annuar Musa@AnnuarMusa

Pembangkang YG CREDIBLE adalah;
-yg bertindak sorang sorang…yg bila ada pre council tak payah hadhir…bila ada perbincangan sesama MP tak payah join…bila benda salah kjaan buat kita duduk saja…bila kawan kawan bangun bercakap kita diam saja…..YG CREDIBLE IALAH IKUT PH!

Anggota Parlimen BN dan PAS semalam bertindak keluar Dewan Rakyat selepas mendakwa bahawa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker tidak mematuhi prosedur.

Bagaimanapun, Khairy dan Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman tidak menyertai mereka.

Khairy kemudian berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana sebarang protes boleh dilakukan semasa peringkat perbahasan, sambil menekankan bahawa beliau menghormati majlis.

– M’kini

.