BUAT BISING, UMNO ‘BELAJAR BURUK’ JADI PEMBANGKANG, KATA DR M

KUALA LUMPUR, 16/07/2018. Bagan Datok MP Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (left) with Pekan MP Datuk Seri Najib Razak (right) entering the Dewan Rakyat again to be sworn in after the opposition lawmakers staged a mass walkout protesting the Speaker's appointment in Dewan Rakyat, Parliament, Kuala Lumpur. pix by MALAYMAIL / Hari Anggara.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap perangai “buruk” pembangkang yang kecoh dan keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai “sandiwara”.

Mengulas tindakan boikot tersebut, perdana menteri berkata tindakan itu proses “pembelajaran” setelah sering memburukkan pembangkang sebelum ini.

“Pembangkang sekarang berperangai seperti mana yang mereka anggap itu adalah sikap buruk yang dilakukan pembangkang sebelum ini.

“Mereka baru sedar, mereka masih belajar dan terus akan belajar, mereka akan menjerit dan terus membuat bising,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dr Mahathir mengulas tindakan Umno dan PAS hari ini yang memboikot majlis pelantikan speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Kesemua mereka keluar dewan kecuali dua ahli parlimen Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) dan Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis).

Mereka mendakwa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan itu tidak mematuhi tempoh 14 hari seperti diwajibkan dalam peraturan dewan.

– https://www.projekmm.com

.