‘PERTAHAN’ AGONG, DEMO BANTAH DAP TUTUP MULUT, IKAT TANGAN

Kuala Lumpur 19/6/18 President Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam talk to press at the Pandan Kapital picture razak ghazali

KUALA LUMPUR – Marah dengan pengaruh DAP dalam kerajaan, sekumpulan aktivis menganjurkan perarakan ke Parlimen pada Isnin ini.

Pemantau Malaysia Baru akan berarak ke bangunan itu dengan menutup mulut dan mengikat tangan tanda simbolik Yang di-Pertuan Agong “hilang kuasa” baginda.

“Kita tidak akan menjerit atau terpekik terlolong kali ini,” kata penggerak utamanya Datuk Lokman Noor Adam, seorang ahli majlis tertinggi Umno.

Mendakwa DAP ingin mewujudkan “negara Kristian” dengan menguasai jawatan utama, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “hanya boneka”.

Dalam kenyataannya, Lokman merujuk pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dan Gobin Singh Deo sebagai menteri komunikasi dan multimedia.

Selain dua pemimpin DAP itu, beliau juga tidak senang pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim dan Tommy Thomas sebagai peguam negara.

Perhimpunan itu yang dijadual mulai 8 pagi di tempat letak kereta di Bukit Aman akan bergerak ke bangunan Parlimen setengah jam kemudian.

Dewan Rakyat akan dibuka dengan rasmi bagi sesi baru pagi Isnin ini.

–¬†https://www.projekmm.com

.