SELAGI JHO LOW TIDAK DITANGKAP, USAH CUBA2 MAHU SERAHKAN KUASA KEPADA BN SEMULA

Usaha memburu dan seterusnya menangkap Jho Low bagi tujuan merungkai skandal 1MDB nampaknya memerlukan usaha yang lebih gigih daripada pihak berkuasa Malaysia.

Ini kerana Jho Jho dipercayai sedang berpindah randah ke negara-negara yang dirasakan selamat buatnya.

Dari Hong Kong, Macau, China dan beberapa negara lain pula sudah menutup pintu buatnya,  beliau kini dikatakan berada di Kepulauan St. Kitts dan Nevis di West Indies.

Jho Low dipercayai mempunyai kerakyatan di negara tersebut setelah membeli sejumlah hartanah atau membuat pelaburan di situ yang merupakan suatu syarat mudah bagi tujuan memperolehi kerakyatan.

Selepas kejatuhan regim Najib Razak, usaha menangkap Jho Low dilihat mula menunjukkan perkembangan yang positif, selain banyak negara juga tampak sedia menghulurkan tangan bagi tujuan saling bekerjasama.

Dalam situasi kritikal sekarang, hanya St. Kitts dan Nevis yang memberinya kerakyatan sebelum ini dan daripada itu tersedia laluan menuju ke beberapa negara lain, sebagai tempat perlindungan  selamat baginya.

Tetapi, sampai bila Jho Low mahu berada di negara yang asing dan tidak glamour untuknya yang baru berusia 37 tahun itu?

Adakah beliau sanggup bersembunyi selama-lamanya di sana?

Yang paling penting, pihak berkuasa Malaysia jangan mudah berputus asa dan terus berusaha melakukan pemburuan yang sangat penting itu kerana kejayaan menangkap Jho Low adalah kejayaan negara dan kebanggan bagi rakyat Malaysia.

Sebagaimana rakyat telah menunjukkan kegigihan, kesatuan dan kesepakatan untuk menumbangkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu yang salah satu tujuannya ialah untuk melihat Jho Low dapat ditangkap serta diadili, pihak berkuasa juga harus menunjukkan kerja kerasnya juga selepas ini bagi memenuhi matlamat itu.

Melalui apa jua cara dan usaha, yang mustahak ialah Jho Low dapat ditangkap akhirnya.

Yang kedua tidak kurang pentingnya juga ialah selagi Jho Low tidak ditangkap, rakyat usaha sesekali cuba-cuba mahu menyerahkan kembali kuasa pemerintahan negara kepada UMNO dan BN semula.

UMNO dan BN selama ini begitu gigih mempertahan dan membela Jho Low, tidak mustahil mereka akan terus memberinya kebebasan semula jika diberikan kuasa dalam negara ini.

Rakyat mesti terus menyokong Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sehingga daripada Jho Low dapat diperah maklumat dan seterusnya beliau serta semua yang terkait dengan skandal 1MDB, menerima hukuman yang sewajarnya.

– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.