PUTRAJAYA BATALKAN EMPAT KONTRAK IPP, KATA YEO

PUTRAJAYA telah membatalkan  yang dianugerahkan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Yeo Bee Yin.

Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar membatalkan empat kontrak Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang dianugerahkan di bawah pentadbiran Najib Razak, dan menjelaskan ia kerana proses rundingan secara terus.

Menteri Yeo Bee Yin berkata, kontrak IPP lain akan disemak semula sementara projek akan datang akan tertakluk kepada tender. Beliau bagaimanapun tidak menamakan kontrak yang dibatalkan itu.

“Atas beberapa sebab, kerajaan sebelum ini meluluskan banyak IPP, kontrak IPP, menerusi rundingan terus, penganugerahan terus untuk membina kapasiti kita,” katanya pada sesi town hall bersama pihak berkepentingan hari ini.

“Pengguna perlu membayar untuk kapasiti itu. Jadi atas sebab ini, kerajaan baharu menyemak semula banyak ontrak IPP,” katanya kepada 1,500 peserta yang hadir pada acara itu yang dianjurkan bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda).

Tambah Yeo, pemain industri tidak perlu kecewa sekiranya mereka gagal mengatur pertemuan “satu dengan satu” dengan pihak kementerian.

“Kamu di tahap pemain bila ia berkenaan apa sahaja yang kami buka untuk tender dalam kementerian,” katanya.

Ketika ucaptamanya, Yeo menegaskan keprluan untuk beralih kepada tenagah yang boleh diperbaharui, daripada 2% grid tenaga kepada 20% menjelang 2025.

Kebergantungan kepada arang batu meningkat dari 8.3% pada 1996 kepada 42.5% pada 2016, yang mana kata Yeo ia merupakan isu strategik, kerana Malaysia tidak mengeluarkan arang batu.

Pada sesi berkenaan, peserta membangkitkan isu seperti pembukaan lebih banyak ruang kepada penjana tenaga tempatan dan mengurangkan peraturan yang merentangi beberapa kementerian.

Bagaimanapun perkara yag paling besar dibangkitkan, menurut undian secara dalam talian yang dijalankan ketika sesi itu, adalah penyelewengan ketika pelaksanaan FiT oleh Seda, yang mana ia didakwa menyebabkan pemain industri terpaksa membayar lebih RM1 juta bagi setiap megawatt.

Perkara kedua yang dibangkitkan pemain industri adalah kerajaan perlu memecahkan monopoli Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memberi peluang kepada pihak lain memasuki pasaran tenaga boleh diperbaharui.

Yeo memberitahu peserta bahawa kerajaan amat berminat untuk mendapatkan maklum balas berhubung dakwaan penyelewengan.

“Saya perlukan lebih banyak malumat mengenai kuota FiT dan bagaimana kita akan teruskan. Namun semua tahu ada di antara kamu ada bukti dan semua itu, kamu boleh emelkan kepada [email protected]

“Kita akan siasat perkara ini. Jika ia melibatkan penyelewengan, kita akan terus majukan kes ini kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Tetapi yakinlah kuota FiT akan kembali.”

Tambah Yeo, isu TNB akan dibangkitkan menerusi permbaharuan sektor tenaga.

“Ketika saya memasuki kementerian ini lapan hari lalu, saya diberitahu tentang program tenaga diperbaharui. Kemudian Suruhanjaya Tenaga memaklumkan kepada saya mengenai rancangan pembaharuan sektor tenaga akan datang. Dan ketika itu saya diberitahu tentang Akta Kecekapan Tenaga yang juga akan dibangkitkan.

“Dan sudah pasti dalam kabinet, kami membincangan tentang pelan bahan buangan kepada tenaga. Dan kemudian, dekat di hati saya, terdapat juga pelan rancangan elektrik luar bandar dan ada di antara kamu tanya saya mengenai EV (kenderaan elektrik).

“Jadi rancangan keseluruhannya sekarang ini ialah, di kementerian saya terdapat tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan pembaharuan sektor tenaga yang akan datang. Tetapi saya tidak mahu nyatakan lagi pelan itu kerana masih tiada sinergi kepadanya ketika saya datang lapan hari lalu. DSaya mahu datang dan dengar pendapat kamu, balik dan kaji semula semua rancangan buat masa ini dan kemudian baru dinyatakan semula kepada kamu.

“Jadi, ia akan mengambil sedikit masa. Jadi saya mahu semuanya ada sinergi dan sekurang-kurangnya di bawah satu pelan dan selepas itu ada beberapa lagi proses pertemuan,” katanya.

Yeo berkata, akan ada pertemuan lagi dengan pakar dan pemggubal dasar sebelum satu lagi sesi town hall dengan pemain industri bagi melaporkan kemajuan pembaharuan itu.

“Kami pilih ramai ahli Parlimen yang dalam proses menggubal dasar, kami akan tubuh kaukus yang termasuk wakil negeri bagi membincangkan pelan. Dan saya akan kembali kepada kamu.

“Terdapat banyak pelan strategik. Tapi satu perkara yang saya dapati ialah rakyat Malaysia buat banyak rancangan tetapi tiada kemahuan untuk melaksanakan pelan itu dengan cemerlang.

“Dalam jangka masa pendek, kami akan ada dasar untuk dimajukan. Kami perlukan masa untuk mengadakan lebih banyak lagi pertemuan untuk rancangan jangka panjang,” tambahnya.

– https://www.themalaysianinsight.com

.