JHO LOW DIPERCAYAI LARI KE INDIA BARAT, MENURUT LAPORAN

AHLI perniagaan yang kini dalam pelarian Low Taek Jho melarikan diri dari Macau dan dipercayai cuba mendapatkan perlindungan di India Barat, kata pihak berkuasa Malaysia kepada The Star Daily.

Sumber polis berkata, Low atau lebih dikenali dengan Jho Low, kini berada di Saint Kitts dan pulau Nevis, di mana beliau memegang status pemastautin tetap dan memiliki hartanah.

“Low merupakan warga Saint Kitts dan Nevis dan memiliki hartanah di pulau Saint Kitts. Pihak berkuasa percaya beliau menuju ke sana untuk mendapatkan perlindungan kerana tiada tempat lagi untuk melarikan diri,” menurut sumber.

Saint Kitts dan Nevis merupakan pulau di barat Hindia terletak di antara Barbados dan Puerto Rico. Negara yang dikenali sebagai kediaman bagi jutawan dari seluruh dunia.

Bahasa rasmi negara berkenaan adalah bahasa Inggeris dan pemegang pasport boleh membuat perjalanan ke 140 negara tanpa visa termasuk Kanada dan UK.

The Star turut melaporkan kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis boleh dibeli dengan mudah dengan menderma sebanyak AS$250,000 (RM1 juta) kepada Yayasan Kepelbagaian Industri Gula negara berkenaan atau membeli hartahan berharga sekurang-kurangnya AS$400,000 (RM1.6 juta).

Sumber itu mendakwa Jho Low membeli hartanah bagi mendapatkan kewarganegaraan.

Pasport ahli perniagaan yang terbabit skandal itu dibatalkan bulan lalu oleh pihak berkuasa sebagai langkah untuk mengekang pergerakannya.

Low merupakan penasihat kewangan kepada bekas perdana menteri Najib Razak, dan dikehendaki untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam fail mahkamahnya mendakwa Low merupakan dalang di sebalik skim penipuan dalam dana pelaburan Malaysia itu.

Polis Indonesia pada Mac merampas kapal layar bernilai RM1 bilion, The Equinimity, yang didakwa penyiasat AS milik Low dan dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

– https://www.themalaysianinsight.com

.