BEKAS MENTERI BESAR SARAN AHLI UMNO SERTAI BERSATU

Setuju dengan pandangan dan saranan YAB Tun Mahathir, orang Melayu perlu ada satu parti dominan untuk mewakili kaum itu.

Senario politik hari ini  sememangnya merugikan orang Melayu yang berpecah pecah yang akhirnya orang Melayu mula merasakan apa yang sepatutnya mereka miliki sebagai peribumi negara ini mula dipersoalkan oleh orang lain.

Pilihan yang ada bagi orang Melayu hari ini sebagai tindakan awal adalah untuk lihat Umno dan Bersatu membentuk satu parti sama ada Umno perlu dikuburkan atau pun Bersatu perlu mengalah.

Oleh kerana YAB Tun telah menyatakan secara jelas Bersatu perlu jadi kuat dan dominan dalam Pakatan Harapan mengambil alih tanggung jawab Umno dalam Barisan Nasional sebelum ini.

Siituasi politik tanah air telah jauh berubah. Umno telah tidak dipedulikan lagi oleh orang Melayu terutamanya golongan muda. Malah menjadi bahan tohmahan golongan ini ditambah lagi ada pihak yang mengapi apikan politik kebencian berfaktakan fitnah.

Tidak dapat kita nafikan isu peribadi yg membaluti Dato Seri Najib Razak seperti 1MDB dan SRC dan gaya kepimpinan beliau yang kurang disenangi oleh pihak tertentu memberi kesan pada pilihan raya lepas, diparahkan lagi dengan mengenakan cukaian GST.

Perjuangan yang berjaya perlu mendasari  perjuangannya atas dasar realiti dan keperluan semasa bukan atas kenangan masa lampau.

Umno mesti sedar perkara ini dan mesti sanggup membuang ego dan kepentingan peribadi pemimpin nya. Sanggup turun semula ke bawah menjadi ahli biasa dalam parti Bersatu tanpa sebarang alasan, jika benar benar ikhlas untuk berjuang demi agama bangsa ini. Jika  mereka benar benar pemimpin yang berwibawa pastilah mereka akan diangkat semula suatu hari nanti.

Bersatu pula perlu berjiwa besar sanggup menerima Umno dengan  penuh hemah. Walaupun saya tahu rasa marah, benci dan takut serta tergugat jawatan yang mereka miliki pasti hadir dalam diri mereka, jika mereka jujur berjuang untuk agama bangsa janganlah  perasaan itu dijadi halangan untuk melihat Bersatu menjadi dominan seperti yang di harapkan oleh YAB Tun.

Saya tidak rasa dengan membiarkan situasi ahli umno tercari cari wadah perjuangan baru ini berpecah pecah menyertai parti lain seperti PKR, AMANAH, PAS waima DAP.  Ini pasti merugikan orang Melayu seluruhnya juga Bersatu secara khususnya.

Saya setuju dengan Ungku Aziz yang mengatakan perpaduan Melayu itu hanya angan angan kosong, satu impian yang terawang awang menjadi harapan yang takkan kesampaian bagi orang Melayu tetapi menjadi hantu bagi orang bukan Melayu.

Tidak mustahil untuk orang Melayu memperjuangkan hak dan cita cita mereka melalui satu parti Melayu yang dominan kerana mereka telah melakukannya sebelum ini dan mereka lakukannya sebahagian besarnya bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad,  mengapa tidak sekarang?

Dr. Mohamad Khir Toyo

Bekas Menteri Besar Selangor.

– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.