KAK ROS – BELI ATAU TIDAK?

Berikutan saman oleh sebuah firma tukang emas di Beirut terhadapnya, Rosmah Mansor, melalui peguamnya bukan saja menolak dakwaan menggunakan wang curi untuk  membeli 44 unit barang kemas bernilai hampir RM60 juta dan sedang dituntut itu, malah juga menafi melakukan pembelian kepada barangan tersebut.

Sebaliknya, peguam isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, barangan itu hanya diperlihatkan saja kepada Rosmah.

Alamak, apa sudah jadi?

Beli atau tidak beli? Benarkah diperlihatkan saja?

Jika tidak dibeli, kenapa barangan kemas bernilai hampir RM60 juta tersebut yang dihantar kepada Rosmah pada 10 Februari, masih lagi disimpan di kediamannya sehingga ia dirampas oleh pihak polis dalam serbuan selepas kejatuhan Najib Razak dalam pilihanraya 9 Mei lalu?

Kenapa tidak segera dipulangkan sebaik saja selesai melihat-lihat atau membeleknya dan jika benar, tidak mahu membelinya?

Berapa lama Rosmah mahu menyimpan barangan kemas itu di kediamannya?

Apakah proses melihat-lihat dan membelek barangan kemas tersebut memerlukan tempoh masa lebih 3 bulan?

Adakah mana-mana kedai emas sedia membiarkan barangannya disimpan di rumah pelanggan dalam tempoh begitu lama tanpa sebarang bayaran atau dibeli sebahagiannya?

Global Royalty Trading SAL dalam samannya semalam, memohon perisytiharan mahkamah bahawa semua barangan yang dirampas pihak polis itu adalah milik sah mereka dan perlu dikembalikan atau alternatifnya, Rosmah perlu membayar kembali keseluruhan nilainya.

Mungkinkah barangan itu sebenarnya memang dibeli oleh Rosmah, cuma bayarannya saja belum dijelaskan?

Jika tidak, mengapa ia berada dalam simpanan Rosmah melebihi tempoh 3 bulan?

Kak Ros, cakaplah betul-betul – beli atau tidak barangan kemas tersebut?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.