JHO LOW TIDAK BERADA DI MACAU, KATA KPN

JUTAWAN dalam pelarian Low Taek Jho, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah meninggalkan Macau ke destinasi yang tidak diketahui, kata Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Ketua polis negara itu berkata beliau menerima email daripada polis Macau yang memaklumkan Low, yang dikenali sebagai Jho Low, telah meninggalkan wilayah tersebut.

Fuzi berkata, polis Macau tidak memaklumkan mengenai bilakah Jho Low meninggalkan negara itu.

“Mereka tidak memaklumkan tarikh beliau meninggalkan negara itu dan Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali semalam berkata mereka percaya yang beliau mempunyai beberapa pasport dan pas,” katanya katanya dalam sidang media selepas Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211, di Bukit Aman.

Dengan perkembangan terbaharu ini, kata Fuzi, usaha menjejak Low akan menjadi lebih sukar.

Semalam, ketua polis negara berkata pihaknya telah memaklumkan tujuh negara menerusi “notis merah” terhadap Low.

Minggu lalu, pasukan polis pergi ke Hong Kong, tetapi Low telah meninggalkan Macau.

– https://www.themalaysianinsight.com

.