WAKIL RAKYAT DAP TERIMA UGUTAN BUNUH

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid menerima ugutan bunuh baru-baru ini.

Semalam, penolong setiausaha Wanita DAP itu menemui nota ugutan bunuh dalam peti surat pusat khidmat beliau.

Nota tulisan tangan itu berbunyi: “Maut Menanti Kamu!”

Syerleena berkata beliau tidak tahu siapa dan mengapa ia dihantar, namun ia jelas merupakan satu percubaan untuk menakut-nakutkannya.

“Bila anda terima ugutan seperti ini, apa yang anda boleh lakukan selain ketawa? Jika anda tidak lakukan apa-apa kesalahan, mengapa perlu takut?

“Pun begitu, anda tidak boleh memandang ringan ugutan bunuh,” katanya kepada pemberita di pusat khidmatnya di Island Glades, hari ini.

Beliau membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut semalam sebagai langkah keselamatan.

Beliau berkata nota ugutan bunuh tersebut kini dalam simpanan polis bagi pengesanan cap jari.

Syerleena, 38, pernah menghadapi ugutan sebegitu sebelum ini.

Lebih setahun lepas dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14, beliau dituduh anti Islam di laman sosial.– 11 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.

– https://www.themalaysianinsight.com

.