SOP BAHARU PERKAHWINAN BAWAH UMUR DITETAPKAN UNTUK SEMUA NEGERI

GARIS panduan baharu berhubung perkahwinan bawah umur membabitkan orang Islam akan diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan akan diterapkan di seluruh negeri.

Menurut Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rodziah Ismail, garis panduan itu akan dikaji dan akan dikuatkuasakan oleh JKSM ke atas semua perkahwinan membabitkan kanak-kanak beragama Islam.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) hanya terpakai kepada kanak-kanak beragama Islam. Saya dimaklumkan yang SOP berkenaan sudah ada di beberapa negeri, ada yang ada, ada yang tidak ada SOP ini dan ia tidak seragam di seluruh negeri.

“Tetapi sekarang kami dimaklumkan oleh JKSM yang akan ada SOP untuk semua negeri,” kata Rodziah Ismail.

Rodziah berkata semua persoalan mengenai SOP baharu itu perlu diajukan kepada JKSM kerana perkahwinan bawah umur orang Islam bukan bawah bidang kuasa kementerian terbabit.

“Di Malaysia, terdapat perkahiwn orang Islam dan bukan Islam. Untuk orang Islam, ia diletakkan di bawah enakmen Islam negeri (yang dikendalikan negeri).

“Maka, sebarang soalan berhubung SOP harus diajukan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, menterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetap komited dalam melaksanakan cadangan untuk meningkatkan had umur minimum perkahiwnan kepada 18 berbanding 16 tahun sekarang.

“Prosesnya panjang, undang-undang itu perlu diluluskan.

“Untuk naikkan had umur kepada 18 tahun itu sudah tentu, kami perlu berbincang dengan pihak lain, kerana ia melibatkan masalah dalaman antara agensi.”

Peraih getah dari Gua Musang baru-baru ini berkahwin dengan budak 11 tahun di Selatan Thailand dan isteri keduannya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau dikenakan denda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Syariah Kelantan.

– https://www.themalaysianinsight.com

.