JAWATAN KETUA UMUM ‘TIDAK RELEVAN’, ANWAR PATUT TANDING PRESIDEN

KUALA LUMPUR – Seorang naib presiden PKR menyifatkan jawatan ketua umum PKR tidak “relevan” lagi dan harus “dimansuh”.

Justeru, Shamsul Iskandar Md Akin berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai presiden pada pemilihan parti tahun ini, lapor Malaysiakini.

“Tidak patut ada lagi ketua umum. Jawatan ketua umum ini direka oleh kongres parti untuk Anwar,” kata ahli parlimen Hang Tuah Jaya itu.

“Sekarang saya rasa dia kembali, jadi saya harap Anwar dapat dengar suara kami, suara majoriti.”

Selepas pembebasan pertama kali daripada penjara, kongres PKR pada 2007 melantik Anwar sebagai ketua umum. Ketika itu, beliau dilarang aktif dalam politik berikutan sabitan mahkamah.

Kini Anwar mendapat pengampunan penuh sekaligus membolehkannya aktif berpolitik termasuk memegang jawatan parti.

Pemilihan PKR dijadual berlangsung Ogos ini.

– https://www.projekmm.com

.