KADIR JASIN: SAYA CUMA MAHU JADI PENULIS

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata beliau kini boleh menjadi seorang penulis sepenuh masa selepas meletakkan jawatannya sebagai jurucakap media Majlis Penasihat Kerajaan.

“Sebagaimana dimaklum dalam kenyataan saya, tiada sesiapa yang mendesak saya untuk meletakkan jawatan atau tidak melepaskannya…

“Keputusan saya hanya untuk menjadi penulis daripada (kerjaya) lainnya…saya patut meletak jawatan.

“Jika apa yang saya tulis dikaitkan dengan orang lain, maka ia tidak baik kepada saya dan kepada orang yang berkait saya juga,” kata mantan ketua pengarang Kumpulan NSTP itu.

Kadir menegaskan perletakan jawatannya tiada kena-mengena dengan sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Ucap selamat hari raya Aidilfitri

“Ia keputusan saya sendiri…ia cara berfikir saya sebagai seorang wartawan…” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Ilham, Ampang, hari ini.