JAMAL CADANG ANWAR IBRAHIM JADI PRESIDEN UMNO

KUALA LUMPUR – Ketua Umno bahagian Sungai Besar mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai presiden Umno dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

Datuk Seri Jamal Md Yunus dalam klip video terbaru berdurasi 1 minit 44 saat turut mencadangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden.

Sementara penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan ketua pemuda Khairy Jamaluddin diangkat sebagai naib presiden.

Jamal yang kini diburu polis sebelum itu mengulangi hasratanya untuk bertanding ketua sayap pemuda.

“Dalam Umno menghadapi cabaran yang sangat mencabaar, jika terpilih saya akan beriltizam membangunkan kembali pemuda supaya permuda ini bermaruah dan terus dihormati demi kejayaan di waktu akan datang,” katanya.

– https://www.projekmm.

.