JABATAN NEGARA AS INGAT SINGAPURA MASIH DALAM MALAYSIA

DALAM satu kesilapan memalukan hari ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat nampaknya masih ingat yang Singapura sebahagian dari Malaysia.

Dalam transkrip taklimat media yang diberikan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo semalam disebarkan menerusi laman sesawang rasminya, hotel majlis disenaraikan sebagai “JW Marriott, Singapura, Malaysia”.

Kesilapan itu hanya dibetulkan pada jam 3.00 petang Selasa.

Presiden AS Donald Trump berada di Singapura untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan syarat untuk menamatkan program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara bagi imbuhan insentif diplomatik dan ekonomi.

Pengguna media sosial memgejek kepindangan pengetahuan geografi dan diplomatik Jabatan Negara AS apabila kesilapan itu dihebahkan oleh seorang pengguna Twitter, Chun Han Wong.

“AS mahukan penyatuan semula….Semenanjung Tanah Melayu,” perli Chun Han Wong.

Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965 selepas bergabung pada 193 untuk membentuk negara republik.

– https://www.themalaysianinsight.com/

.