PRASANGKA: MAHATHIR BUKAN PILIHAN RAJA -RAJA SEBAGAI PERDANA MENTERI.

Hubungan antara beberapa orang  Raja dengan Tun Mahathir selepas kembali  menjadi Perdana Menteri adalah ibarat “mata berpandangan budi kedapatan”. Ada Raja yang tidak lagi hormati beliau ketika berada di luar pentabiran negara malah Istana Johor meanggap Pindaan Perlembagaan yang dilakukannya bertujuan untuk  membolot kuasa negara.

Ketika Mahathir menentang habisan-habisan pemerintahan kleptokrasi Najib ,Majlis Raja-Raja tidak menunjukan sikap prihatin terhadap perjuangan ini yang didukong oleh berjuta rakyat malah seorang dua raja  menunjukan sikap besama Najib sebagai keturunan Bugis.

Kemurkaaan Sultan Selangor dalam hal ini menyebabkan Mahathir mengembalikan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Selangor yang tindakan itu disambut hangat oleh rakyat yang tidak lagi meanggap besar kurniaan darjah-darjah dari  Istana.Dalam pada itu Sultan Kelantan telah  menarik balik  kurniaan darjah kebesaran kepada Mahathir untuk  menghina Mahathir.

Bagaimanapun Allah Mahakaya,mereka akhirnya  terpaksa berperdana menteri Tun Mahathir.

Posting saya terkini yang merujuk balik peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masa menghadapi pilihanraya  di atas tajuk ” Raja tidak boleh terlihat memihak dalam sengketa politik rakyat”  telah mendapat reaksi positif dari rakyat  (silat lihat 23 Mei 2018))

Jika  Majlis Raja-Raja telah terlihat oleh  rakyat sebagai tidak menyokong perjuangan menentang Najib dan mempunyai prasanga buruk terhadap kelewatan melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka apakah salahnya jika  kekerohan hubungan rakyat dan raja diatas prasangka ini dijernihkan oleh MRR sendiri.

Ini boleh dilakukan dengan MRR menegaskan semula ikrak pendirian untuk mematuhi  Pindaan Perlembagaan sekali dan selama-lamanya  dan tidak lagi diantara mereka yang dengan mudah mengugut rakyat  dengan membuat laporan polis kerana  bersuara atas hak mereka membantah ketidakadilan raja  dam  penyelewengan dari perbatasan undang-undang.Ini kerap berlaku di Johor.

Saya mempunyai kepercayaan  penuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah, Raja yang hormati oleh rakyat sebagai seorang intelektual  dan berperadaban di raja akan dapat menjalankan  peranan utama untuk memulihkan semula  imej Majlis Raja-Raja.

Dibawah ini adalah salah sebuah komen dari sekian banyak komen yang menolak campurtangan raja-raja dalam politik dan pentadbiran negara dan apa yang berlaku semasa Mahathir memimpin perjuangan rakyat untuk menjatuhkan Najib.

MO1 TEWAS KERANA  RAKYAT DAN STRATEGI BIJAK MAHATHIR

 Oleh MRS
Saya setuju dgn lontaran sdra Zam tetapi berpandangan “senang cakap dari perbuatan”.
Selagi Raja-Raja  itu manusia selama itulah  akan ada campur tangan  mereka didalam politik negara oleh, cumanya besar atau kecil.
Adalah hakikat bahawa MRR(Majlis Raja-Raja)  telah tidak bertindak terhadap mantan MO1 setelah diberi taklimat hingga ke 2 kali oleh Shukri dan Abu Kasim dari PSRM justeru itu apa yg rakyat boleh harapkan dari MRR.
Syed Danial boleh menafikan tetapi mantan MO1 tewas bukan kerana tindakan oleh Raja2 tetapi oleh kehendak rakyat dan kepandaian, kegigihan dan strategi bijak yg dilaturkan oleh ‘orang tua’ 93 tahun.
‘Org tua’ini juga telah dikecewakan oleh MRR.
Dan saya percaya ‘org tua’ 93 tahun ini juga bukanlah pilihan dan digemari oleh Raja2 .
Tetapi suara dan kehendak rakyat telah memihak kpd beliau ternasuk saya.’sdra Zam dan saya percaya ramai lagi pembahas diblog ini.
Pokoknya MRR telah tidak membantu apa2 hingga membolehkan Tun M dan PH menjadi Kerajaan,justeru itu lebih baik MRR hanya kekal dan berperanan seperti  yg termaktub didlm Perlembagaan.
Jika perlu campurtangan,hanyalah kearah kebenaran jika diperlukan.atau dlm perkara2 ugama.sealiran dgn peranan mereka sbg ketua ugama.
Saya percaya semua rakyat mahu dibela. jika pemimpin rakus melakukan kejahatan,bukan mahu Raja2 yg tidak dpt atau tidak mahu melakukan sesuatu.
Tetapi kerana sudah ada Raja-Raja maka kekalkan sahaja tetapi mereka jangan   memihak atau campur tangan dlm politik.
Terima kasih.

IMBAS KEMBALI

 

Mahathir pulangkan darjah Selangor dan Istana Kelantan tarik balik

| February 8, 2018

 

Makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.

PETALING JAYA: Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim, Istana Kelantan mengambil tindakan sama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber memberitahu FMT, makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.

Surat penarikan balik darjah kebesaran berkenaan bertarikh 6 Februari dan sumber memberitahu Dr Mahathir dalam proses menyerahkan semula pingat terbabit.

Semakan FMT mendapati Dr Mahathir menerima pingat DK itu pada April 2002, dianugerahkan oleh Sultan Ismail Petra, bapa kepada Sultan Muhammad V.

Semalam, media melaporkan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran Kelantan yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada Husam dan Abd Rahim.

Mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam, memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Sementara itu, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim ketika dihubungi FMT memaklumkan tidak mengetahui sebab tindakan Istana Kelantan itu.

“Saya tidak boleh komen secara teperinci.

“Saya juga tidak tahu punca sebenar, saya mengetahui pekara ini melalui laporan akhbar,” katanya.

Pada Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor sebelum ini.

Pingat tersebut diserahkan selepas Dr Mahathir dikritik Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara yang diterbitkan The Star dan Utusan Malaysia selepas bekas perdana menteri itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun Bugis”.

– http://zamkata.blogspot.my

.