MAHATHIR UMUM KADAR SIFAR GST MULAI 1 JUN

Women shop for cosmetics and face care products at a mall in Kuala Lumpur August 27, 2016. REUTERS/Edgar Su

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menetapkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sifar mulai 1 Jun ini.

Kadar cukai itu bukan lagi enam peratus seperti sebelum ini, kata kenyataan kementerian tersebut, seminggu selepas Pakatah Harapan membentuk kerajaan pusat.

“Pelaksanaan GST pada kadar sifar berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai kepada seluruh negara sehingga notis selanjutnya,” kata kementerian itu hari ini.

Pemansuhan GST adalah antara janji Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari pembentukan kerajaan baru.

– Malay Mail

.