PM: GANI MAHU HERET NAJIB KE MAHKAMAH, TIBA-TIBA DIPECAT

PUTRAJAYA, 16 Mei — Tan Sri Abdul Gani Patail dalam proses mengheret Datuk Seri Najib Razak ke mahkamah sebelum digugurkan sebagai peguam negara pada 2015.

Perdana Menteri berkata bekas peguam negara itu mendedahkan perkara tersebut dalam pertemuan mereka di Yayasan Kepemimpinan Perdana di sini semalam.

“Saya bertemu dengannya semalam untuk mengetahui apa sebenarnya telah berlaku dan apa hasil siasatannya,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau mendakwa beliau sedang menyiapkan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu, beliau dilucutkan jawatannya.”

Gani seorang daripada empat pegawai tinggi kerajaan yang ditugaskan untuk menyiasat penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau digugurkan mengejut pada Julai 2015 setelah timbalan perdana menteri waktu itu Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada kabinet.

– Malay Mail

.