UTUSAN ENGGAN CETAK SEMULA BUKU BESTSELLER MAHATHIR DI SEBALIK TABIR

BAGAIMANA PUN ANDA BOLEH DAPATKAN TERUS DARI SAYA

Telah beberapa kali saya meminta Utusan Publication  &Distributors Sdn Bhdsupaya mencetak semula buku saya Mahathir Di Sebalik Tabir yang menjadi best seller setelah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir pada 22 September 1994.

Buku ini yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris,China dan Tamil dan dicetak semula lima kali boleh dianggap sebagai paling lengkap mengenai perwatakan  dan juga perjuangan  Dr. Mahathir yang tersembunyi dan terdedah  ketika di dalam dan di luar kerajaan yang penuh  dramatik dan kontroversi.

Edisi dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Other Side Of Mahathir

Edisi tambahan ditukar kepada tajuk Surat-Surat daripada  Dr. Mahathir yang diterbitkan pada 2008( Ulang cetak 2010) mengandungi bab sengketanya  dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi setelah meletak jawatan sehingga  beliau mengucapkan selama tinggal pada UMNO pada 19 Mei 2008.

Catitan-catitan  saya dalam bab terakhir edisi pertama buku itu ternyata benar hingga beliau kembali menjadi Perdana Menteri kali kedua:

“Terbentang jelas jejak -jejak jatuh bangunnya yang merangkumi peristiwa kecil dan besar, pahit manis, benar dan salah tetapi segala kelemahannya tidak dapat menutup kecepatan dan keulungan pencapaiannya dalam masa singkat yang tidak ada tolak banding dalam sejarah kepimpinan negara.”

Edisi pertama buku ini melihat 12 tahun kebelakang sejak saya berkenalan dengannya  sebagai wartawan Utusan Melayu di Alor Setar dan beliau menjalankan kliniknya di Pekan Melayu  dalam keadaan tersisih  diri dari politik kerana perselisihan fahamnya  dengan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Edisi bahasa Inggeris  diterjemahkan oleh seorang bekas wartawan akhbar Inggeris dan penulis buku-buku dalam bahasa Inggeris yang terkenal  yang telah  menetap di London hingga sekarang  sebagai wartawan bebas Wan A. Hulaimi

Saya telah berkali-kali meminta Utusan Publication mencetak semula buku ini kerana sekiranya apa-apa berlaku kepada Tun Mahathir maka inilah sebaik-baik warisan dan khazanah buku untuk disimpan oleh rakyat yang akan membolehkan mereka dari generasi ke generasi memahami dan menjiwai  perjuangan seorang pemimpin   yang tidak sahaja dibanggakan oleh negaranya tetapi dikagumi  dunia antarabangsa tetapi Utusan Melayu takut dan enggan untuk mencetaknya kerana ada tekanan politik.

Sayang Utusan Melayu telah melepaskan peluang keemasan ini  kerana mereka tidak menyangka akan datang suatu episod yang lebih besar dalam hidup Mahathir  sebelum pemergiannya yang abadi.

Saya telah berusaha untuk mencari saki baki buku ini  dan berjaya mendapat hanya sekadar 300 buah dalam bahasa Melayu ( edisi tambahan) dan  50 buah dalam bahasa Inggeris  The Other side of Mahathir.

Orang ramai boleh membeli terus buku ini dari saya yang akan saya autografkan. Harganya RM50 sebuah termasuk belanja pos. Bayaran boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8002397357. Sertakan alamat anda dan nombor telefon. Maklumkan pembayaran telah dibuat kepada [email protected] gmail.com

Ini adalah buku saya yang diautografkan oleh Mahathir pada 21 September 1994 di bawah catitan saya yang berbunyi: Dato Seri Dr.Mahathir: Sekadarkan sebuah catitan panjang untuk kenangan dan penghargaan kepada bakti teragung seorang pemimpin terulung di abad ini.

MOHON MAAF
Mohon maaf kerana ada kesilapan no A/C yang saya berikan dan telah dibetulkan.Terlebih no. Zainuddin Maidin

– http://zamkata.blogspot.my

.