MAHATHIR PM ‘SATU, DUA TAHUN’, HERET NAJIB KE MAHKAMAH

TOKYO – Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin mentadbir selama “satu atau dua tahun” sebelum menyerahkan kepada sekutunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana menteri juga berkata beliau akan menumpukan kes rasuah terhadap  Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin, lapor Bloomberg.

“Kami fikir dalam tempoh terdekat sementara kami mempunyai kes terhadapnya,” kata Dr Mahathir melalui sidang video bagi pertemuan anjuran Wall Street Journal di sini hari ini.

Beliau menjangkan akan ada masalah mengendalikan kepentingan empat parti dalam gabungan Pakatan Harapan, khususnya mengenai pelantikan menteri.

“Setakat ini kami berjaya menyelesaikannya. [Semua] sepakat keputusan muktamad ditentukan oleh saya,” katanya.

– https://www.projekmm.com

.