AZIZAH: KAMI UTAMA PERUBAHAN, ANWAR DILANTIK PM KEMUDIAN

View of KL on the 27jun 2013. All most with out haze. Taken at tasik Titiwangsa.

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Pakatan Harapan (PH) lebih mengutamakan agenda perubahan dan tidak tergesa-gesa melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru, kata isterinya.

Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini senada dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penasihat kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini.

“Apa yang kami mahu, kerajaan Dr Mahathir ini berjalan dengan lancar, untuk melaksanakan perubahan yang kita inginkan,” kata Wan Azizah seperti dilapor Malaysiakini.

Bercakap di sebuah hospital di Cheras di sini, beliau berkata Anwar tidak akan dilantik perdana menteri dengan segera apabila dibebas esok.

“[Keputusan] ini semua sebahagian daripada rancangan kami,” katanya.

Daim memberitahu sebuah akhbar Singapura bahawa “bodoh” untuk menukar perdana menteri sekarang dan Anwar perlu menunggu sehingga dua tahun lagi.

Sementara Dr Mahathir pula menyatakan kepada persidangan ekonomi di Tokyo, melalui sidang video, bahawa beliau memerlukan “setahun atau dua” untuk memimpin negara.

Beliau juga ingin menyegerakan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

– https://www.projekmm.com

.