KHAIRY TIMBANG UMNO TURUT DISERTAI BUKAN MELAYU

KUALA LUMPUR 14/05/2018. Zahid Hamidi giving a press conference at Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

KUALA LUMPUR – Setelah Umno ditinggalkan pengundi, ketua Pemudanya mencadangkan parti itu mempertimbangkan penyertaan bukan Melayu.

“Kita perlu pertimbangkan semua pilihan dengan serius. Apa model yang kita mahu?

“Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pertubuhan Kebangsaan Rakyat Malaysia Bersatu?

“Apa DNA kita, apa ertinya asas kewujudan kita,” soal Khairy Jamaluddin dalam wawancara dengan stesen Channel News Asia.

Perkara-perkara ini wajar dipertimbangkan, tambahnya, dan Umno tidak perlu terikat dengan model tertentu tetapi terbuka pada banyak kemungkinan.

Barisan Nasional (BN) menang 79 kerusi parlimen pada pilihan raya umum minggu lalu, 54 daripadanya kerusi Umno.

Parti komponen MCA dan MIC di Semenanjung kalah teruk, sementara parti beberapa lagi komponen di Sabah meninggalkan gabungan tersebut.

Komponen-komponen di Sarawak pula sedang menimbang untuk bersama kerajaan baru Pakatan Harapan. Paling cepat, keputusan itu boleh diketahui minggu ini.

– Malay Mail

.