KU NAN WAJAR DISIASAT DI BAWAH AKTA BERITA PALSU

Dua kenyataan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor seperti di bawah ini, selain terdedah kepada tindakan saman oleh pihak yang dikaitkannya, juga berkemungkinan besar adalah suatu berita palsu.
Kedua-dua dakwaan ini sesungguhnya adalah tuduhan yang berat, apalagi jika diperkatakan tanpa bukti atau fakta yang kukuh.
Meskipun di musim kempen pilihanraya, tetapi dakwaan Ku Nan ini seharusnya segera disiasat oleh pihak berkuasa, setidak-tidaknya di bawah akta berita tidak benar atau berita palsu.
Selain itu, tuduhan beliau berkaitan mubaligh Kristian dalam DAP juga boleh disiasat di bawah akta hasutan, kecuali jika dapat disertakan bukti-bukti kukuh mengenainya.
Hanya dengan penyiasataan terhadap Ku Nan saja dapat membuktikan sama ada kedua-dua dakwaan beliau benar atau sebaliknya.

Jika berita “berbahaya” seperti ini tidak segera disiasat, ia tidak lain hanya mengesahkan lagi bahawa akta tersebut diluluskan semata-mata untuk disasarkan kepada pembangkang serta untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id/

.