900 AHLI PKR SERTAI BN

PENSIANGAN  – Sokongan terhadap PKR dan pakatan harapan yang diketuai DAP di negeri ini terus merosot selepas 900 ahli parti itu mengumumkan keluar dan menyerahkan borang keahlian kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Kumpulan tersebut diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum 2008, Danny Anthony Andipai yang mengakui kesal kerana tindakannya selama ini menyokong PKR.

Danny berkata, selama berjuang bersama PKR, beliau mendapati kebanyakkan pemimpinnya lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding BN yang ikhlas bekerja untuk rakyat.

“Saya melihat perjuangan PBRS merupakan parti yang terbukti jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan.

“Saya menyesal dan kecewa dengan pihak pembangkang kerana hanya bergaduh untuk kepentingan peribadi  dan sekarang telah berpecah membuktikan kegagalan mereka untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Takul Nabawan, semalam.

-UTUSAN ONLINE

.