1MDB UNIFYING FACTOR ATASI PERKAUMAN DAN KEUGAMAAN RAKYAT

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan dua individu, yang pertama ialah ‘ketua pembangkang’ dan seorang lagi ‘pemimpin lama’ sebagai bertanggungjawab dalam mengancam dan menggugat perpaduan negara.

Melalui mesej radio terbaharu yang disiarkan di Galeri Audio Astro Awani, Najib turut menyimpulkan usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga dirancang pihak-pihak berkenaan.

Yang dimaksudkan oleh Najib tentulah Tun Dr.Mahathir Mantan Perdana  dan Datuk Seri Anwr Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri yang telah pun bermaafan antara satu sama lain untuk menggerakan suatu taufan politik lebih besar dalam menghadapi pilihanraya 14 dan bagi menggulingkan Datuk Seri Najib.

Najib nampaknya telah terlepas pandang atau ketinggalan dalam kemajuan sosial dan politik  negara yang berlari bagitu pantas secepat kilat melampaui  perasaan perkauman dan keugamaan rakyat yang tergugat oleh 1MDB dan kesamaran kisah RM2.6 Billion.

Bahawa beliau merasa perlu untuk menunjulkan Mahathir dan Anwar sebagai pencetus politik perkauman adalah menunjukan bahwa beliau sudah kehilangan modal politik dan berada dalam keadaan yang panik.

1MDB sebenarnya telah menjadi unifying factor rakyat  Malaysia yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini  sebelumnya.Rakyat  telah bersedia untuk mengundi tidak diatas sentimen perkauman dan agama tetapi atas  keinginan untuk melihat sebuah kerajaan yangideal,bersih , cekap dan amanah untuk atasi masalah tekanan ekonomi  dan keruntuhan maruah negara berpunca dari pembaziran wang negara,kehidupan mewah dan dan juga ketidakcekapan pengurusan kewangan.

Mereka hanya menungggu persiapan muktamad antara Mahathir,Anwar dan Muhyuddin untuk bersatu meniup  taufan politik.

Sementara itu menurut Malaysiakini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak lagi memendam perasaan berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat suaminya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
“Memang hati saya terguris (dengan apa yang telah berlaku kepada Anwar) namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.
Katanya, beliau sedar bahawa manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Anak-anaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam ekoran insiden itu, kata Wan Azizah, walaupun Anwar dipenjara ketika usia mereka masih muda.

“Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-Allah itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.

– http://zamkata.blogspot.my/

.