Mohd. Najmuddin Elias

 

Menurut Mohd. Najmuddin, beliau akan menggantikan adiknya itu dalam ceramah-ceramah yang telah ditetapkan sekiranya dipersetujui oleh Ustaz Kazim dan pihak penganjur.

Katanya, walaupun me­ngalami masalah kesihatan beliau yakin adiknya itu tidak akan berhenti daripada berceramah.

“Saya tidak yakin dia akan berhenti ceramah sebab itu adalah aktiviti wajib beliau dari dulu lagi. Walau bagaimanapun, mungkin beliau akan kurangkan sedikit dengan memberi tumpuan pada pusat pendidikan miliknya, Al-Barakah,” katanya.

Mohd. Kazim yang juga Penge­tua Pusat Pendidikan Al-Barakah di sini dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengadu tidak sihat, terlalu penat dan sakit di bahagian perut.

Beliau yang ketika itu baru pulang berceramah di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang perlu melakukan pemeriksaan atas nasihat doktor.